LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN PERINDUSTRIAN DI BANDAR BERTAM, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan lawatan tapak bersama-sama Penggerak Projek, Jururunding EIA dan Jururunding Perancang bagi cadangan pembangunan taman perindustrian yang meliputi kawasan seluas 98.7 hektar pada 20 April 2022.

Lawatan diadakan bagi memastikan keadaan semasa tapak, maklumat yang ada di tapak, reseptor sensitif berhampiran dan memahami keadaan tapak bagi tujuan penilaian cadangan pembangunan.

 

Cadangan pembangunan melibatkan pengubahan guna tanah (kerja tanah) daripada pertanian Kelapa Sawit kepada taman perindustrian. Aktiviti pembukaan tanah merupakan penyumbang kepada pencemaran air kepada persekitaran sekiranya tidak dikawal dengan baik. Penilaian Laporan EIA dibuat dengan mengkaji impak alam sekitar daripada aktiviti pembangunan, seterusnya langkah kawalan serta program pemantauan bagi memastikan kesan pencemaran terhadap persekitaran adalah minima dan terkawal.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …