PELAKSANAAN 5G MELALUI SWN BAKAL TAWAR PERKHIDMATAN PADA KADAR RENDAH

Pelaksanaan rangkaian Generasi Kelima (5G) secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) bakal membolehkan rakyat menikmati kemudahan perkhidmatan itu pada kadar lebih murah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana hanya satu syarikat yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur manakala syarikat telekomunikasi akan memfokus kepada penyediaan perkhidmatan.

“Perkhidmatan 5G ini perlukan banyak menara,bayangkan kalau setiap syarikat buat menara sendiri dalam Kuala Lumpur, penuhlah menara 5G sedangkan kita hanya perlu lebuh raya tunggal yang lebih efisien, tidak bertindih dan dapat urus dengan lebih baik, dan kerana itulah lahirnya konsep SWN, DNB yang bukan bersifat monopoli.

“Kerajaan juga telah bersetuju buat modifikasi 70% (pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi) untuk diberikan kepada syarikat.

“Bagaimanapun, ia tetap di bawah platform tunggal iaitu DNB sahaja yang akan uruskan soal infrastruktur. Kalau infrastruktur hanya satu syarikat sahaja yang sediakan, jadi dapat rendahkan kos infrastruktur, (dan) kita harap rakyat dapat perkhidmatan 5G pada harga yang lebih rendah,” katanya ketika menjadi tetamu program Inklusif ‘Menteri Annuar Musa: Kualiti Telco: Kerajaan Peka Rintihan Rakyat’ yang disiarkan TV1.

Beliau berkata model SWN juga bakal menyaksikan persaingan antara syarikat telekomunikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan lebih efisien kepada rakyat.

Annuar juga berkata proses menaik taraf perkhidmatan digitalisasi negara bukanlah bersifat sehala sebaliknya memerlukan maklum balas daripada orang ramai.

“Prosesnya harus dua hala, kita perlu dapat maklum balas daripada pengguna, maklum balas mesti cepat supaya tindak balas untuk lakukan penaiktarafan dapat dibuat dengan segera, lalu kita lancarkan JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara).

“Melalui JENDELA, (jika) rakyat ada masalah dengan ketersambungan di kawasan mereka, mereka boleh buat aduan.

“Dengan cara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan buat pemantauan kerana kita perlu berhubung juga dengan syarikat telekomunikasi yang sediakan perkhidmatan untuk turun ke lapangan (bagi) memperbaiki mutu perkhidmatan mereka,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut