SUMBANGAN KUIH RAYA AIDILFITRI KEPADA PASUKAN KESELAMTAN NEGERI KELANTAN

 

Alhamdulillah, pagi ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) menyampaikan sumbangan Kuih Raya Aidilfitri kepada ketua-ketua jabatan dan agensi keselamatan yang mewakili 11 ribu anggota seluruh negeri Kelantan.
Majlis ini merupakan gambaran keprihatinan Kerajaan Negeri atas segala jasa dan bakti seluruh pasukan Keselamatan yang bertugas menjaga ketenteraman, kesejahteraan dan keamanan masyarakat dan negara.
Sesungguhnya tanggugjawab tersebut merupakan khidmat bakti yang mulia disisi agama Islam yang sangat menekankan keamanan dan kesejahteraan berlandaskan maqasid syariah.
Semoga dengan sumbangan ini akan memberi keberkatan dan sedikit sebanyak mampu menyuntik rasa kebersamaan dalam tugasan dan tanggungajwab untuk terus berkhidmat kepada negeri dan negara.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …