LEBIH SETENGAH JUTA KANAK-KANAK LENGKAP VAKSINASI COVID-19

Sebanyak 532,317 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 15 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,991,811 individu atau 68 peratus sudah menerima dos penggalak, 22,962,624 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan dos kedua, manakala 23,239,599 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 60,923 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 11,308 dos pertama, 44,100 dos kedua dan 5,515 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,808,665.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Pulau Pinang merekodkan jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes masing-masing di Sabah dan Kuala Lumpur.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …