SIDANG MEDIA KEJAYAAN MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH OLEH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, PULAU PINANG.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan sepasang suami isteri yang menjual pelbagai perisa serbuk minuman yang dicampur dengan dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) pada 13 April lalu.

Penahanan pasangan berusia 38 dan 31 tahun itu dibuat di sebuah rumah di Simpang Ampat, di sini kira-kira jam 3 petang, susulan soal siasat ke atas seorang lelaki yang ditahan polis di Butterworth pada hari sama.

Dengan penahanan tersebut, pihak polis berjaya merampas:
i. 164 bungkusan plastik mengandungi dadah MDMA yang dianggarkan seberat lebih 4.2 kilogram (kg) bernilai RM210,494;
ii. empat kertas pembalut makanan mengandungi dadah Erimin 5 seberat 7.66 gram (g) bernilai RM390;
iii. lima paket syabu seberat 27.64g bernilai RM2,764;
iv. satu paket plastik mengandungi ketamin seberat 5.42g bernilai RM813; dan
v. empat paket plastik mengandungi pil ekstasi seberat 9.52g bernilai RM315

Dalam masa yang sama, polis turut menyita sebuah kenderaan bernilai RM28,000, seutas rantai leher bernilai RM7,176, seutas rantai tangan bernilai RM1,332 dan seutas gelang tangan bernilai RM732 yang nilai sitaan termasuk dadah keseluruhannya berjumlah RM252,016.

Sumber:

Harian Metro

Laman Facebook IPD Seberang Perai Selatan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …