MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG PANTAU PEMATUHAN SOP DI PASAR RAMADHAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengadakan Pemantauan di Bazaar Ramadhan bagi memastikan SOP dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik dipatuhi oleh para peniaga dan para pengunjung.

Antara perkara yang sentiasa dipantau oleh MBPP adalah penggunaan MySejahtera di pintu masuk bazaar, pemakaian pelitup muka dengan betul, penjarakan fizikal ketika sedang membeli juadah serta keadaan bazaar yang terkawal dan tidak bersesak-sesak.

Selain itu, MBPP turut memantau supaya semua pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan tiada warga asing di kalangan peniaga kecil.

Pematuhan ini perlu bagi memastikan peniaga mahupun pembeli tidak terus leka dengan kebebasan di Fasa Peralihan ke Endemik dan kekal dengan kawalan kendiri. MBPP turut menasihatkan orang awam agar sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan itu.

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut