KKM TIDAK PERNAH MEMPERAKU PRODUK, MAKANAN BOLEH GANTI UBATAN

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakui mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.
Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini bagi menjelaskan tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan produk teh mereka diiktiraf oleh kementerian berkenaan.
“Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal,” menurut kenyataan itu yang turut menyertakan gambar asal.
KKM juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya serta mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.
SUMBER: BERNAMA , KKM

Artikel/Berita Terkini

PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA

Tanjung Bidara – Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus menjadi produk …

POLIS SABAH TERIMA 13 LAPORAN ISU UCAPAN KETUA UMNO SEPANG

SIDANG MEDIA: Jauteh semasa memberikan sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lawatan Awam ke Galeri Polis Negeri Sabah di …

LELAKI WARGA ASING DITAHAN BERSAMA PISTOL, SYABU 901.35 GRAM

ROSDI TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun ditahan bersama sepucuk pistol semi-automatik, tiga butir peluru dan dadah disyaki …