MAIWP LABUAN SALUR RM3.2 JUTA KEPADA 4,000 ASNAF SEMPENA AIDILFITRI

WP LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyediakan bantuan Aidilfitri RM800 seorang kepada 4,000 asnaf di pulau bebas cukai di sini yang melibatkan peruntukan RM3.2 juta.

Daripada jumlah itu, RM300 telah dikreditkan ke akaun penerima pada awal Ramadan, manakala baki RM500 akan diberikan sebelum Aidfititri.

Senator Datuk Bashir Alias berkata, bantuan itu dijangka dapat meringankan beban golongan itu dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

“Bantuan Aidilfitri MAIWP merupakan salah satu daripada skim bantuan yang disediakan dan kita ucapkan tahniah MAIWP dapat melaksanakan agihan kepada penerimanya dengan cepat mengikut keperluan asnaf.

“Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan Labuan yang menunaikan zakat kerana tanpa komitmen mereka program bantuan kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya di perasmian Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf MAIWP di Masjid Munawar Kg Pohon Batu hari ini.

Katanya, penganjuran majlis itu membuktikan MAIWP sentiasa mengikuti perkembangan arus perubahan semasa dalam mempelbagaikan bantuan dan berusaha meningkatkan kemajuan sosioekonomi, bagi memastikan kesejahteraan umat Islam melalui sistem pengurusan dan pembangunan yang berlandaskan hukum syarak dengan menggunakan sumber MAIWP secara optima.

“Fokus utama MAIWP bukan sahaja tertumpu kepada aspek mengagihkan bantuan semata-mata, malah MAIWP sentiasa berjuang dalam memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan sosioekonomi dan juga pembangunan modal insan dalam masyarakat Islam melalui program-program yang diperkenalkan,” katanya.

Dalam majlis itu, setiap asnaf turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 dan bakul makanan (beras, minyak masak, biskut, gula, garam, sardin tin, susu tin, mi kering dan kurma) bernilai RM100 setiap seorang. Keseluruhan sumbangan wang tunai dan bakul makanan pada tahun ini berjumlah RM21,400 untuk 107 asnaf.

SUMBER: BERNAMA , MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …