INISIATIF PENDIGITALAN ReDI (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE) DIPERLUAS KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

WP LABUAN – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Tuan Azman Mohd Yusof pada Isnin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelancaran ReDI adalah sebahagian dari perlaksanaan inisiatif pendigitalan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tahun 2020. ReDI telah dilaksanakan di Putrajaya, Hulu Terengganu, Kapit Sarawak, Pulau Pangkor dan kini di WP Labuan.
ReDI di Labuan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan rakan strategik daripada penyedia e-wallet iaitu Maybank dan Boost bagi memastikan pemain industri sektor peruncitan sentiasa seiringan dengan perkembangan teknologi digital terutama dalam aspek pembayaran digital tanpa tunai dan tanpa sentuh.
Inisiatif ReDI juga mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-12 negara bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi di Fasa Peralihan Endemik ini.
Pada program ini juga diadakan penyerahan Insentif e-Wallet kepada wakil peniaga dan penyerahan program rintis tanpa tunai.
Turut hadir Yang Berhormat Datuk Rozman bin Isli – Ahli Parlimen Labuan YBhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien – Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg. Datuk Roziah Abudin- Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Megeri), YBhg. Datin Roszanina Wahab – Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Haji Azman Adam – Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Encik Muhamad Hanif Asari – Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan dan Puan Junaidah Arbain, Pengarah PPDNHEP WP Labuan.
SUMBER: KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …