OPS KENDERAAN PERSENDIRIAN JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 18 April 2022, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan secara berfokus ketidakpatuhan APJ 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya terhadap kenderaan persendirian di sekitar Daerah Seberang Perai, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang.

Penguatkuasaan ini memberi tumpuan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pemilik kenderaan persendirian seperti memasang cermin gelap melebihi had kadar peraturan ketelusan cahaya (VLT) seperti yang dibenarkan iaitu 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan dan 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan pemandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, kesalahan pelesenan memandu, kesalahan pelesenan kenderaan dan juga lain-lain kesalahan tidak patuh kepada peraturan dan undang-undang semasa memandu di jalan raya.

Hasil penguatkuasaan berfokus yang dilaksanakan selama 2 hari telah mengesan pelbagai kesalahan dilakukan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsurans, mengguna telefon bimbit semasa memandu, tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, tidak pakai tali pinggang keledar, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan, memasang cermin gelap tanpa kebenaran dan juga memasang lampu HID.

Pemandu dan pemilik kenderaan persendirian dinasihat supaya sentiasa patuh pada peraturan dan undang-undang semasa memandu bagi mengelak daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan serta memandu dengan cermat dan bertimbang rasa bagi memastikan pemanduan anda lancar dan selamat sampai ke destinasi.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …