MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DIPERKENAN TERIMA MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

KUALA LUMPUR, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah diperkenan terima menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara pada 13 April 2022.

SS Datuk Dr. Luqman telah menyembah maklum perjalanan pengurusan berkaitan hal ehwal Islam khususnya dengan menyentuh peranan dan fungsi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berteraskan kepada kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakat. Beliau juga memaklumkan kejayaan dan keberhasilan PMWP yang bergiat akftif dalam mengurus dan menganjurkan program-program dalam pelbagai bidang walaupun negara sedang berhadapan endemik Covid-19.

SS Datuk Mufti menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semoga hubungan erat umarak dan ulamak kekal erat dan mesra serta membawa pelbagai manfaat kepada semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia.

Daulat Tuanku.

Sumber :  FB PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …