JERAYAWARA KESEPADUAN BERSAMA RAKAN KPDNHEP – SEERAT KASIH KELUARGA

 

TUMPAT : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna dengan kerjasama Seksyen Penguat Kuasa, KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Program Jerayawara Kesepaduan bersama Rakan KPDNHEP bertempat di Perkarangan Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan.
Objektif pelaksanaan bagi memupuk sikap kerjasama di kalangan Agensi, Komuniti, Warga Kerja KPDNHEP dan Rakan KPDNHEP bagi memastikan pengguna mendapatkan pendedahan berkaitan Kepenggunaan melalui taklimat dan penerangan serta hebahan.
YDH. ASP Tuan Mohd Rudzuan Bin Ahmad menyampaikan sejumlah sumbangan wang tunai dan cenderahati hasil derma sumbangan dibulan Ramadan dari seluruh warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan dan warga kerja PPM W3 kepada Asnaf dan Anak Yatim yang hadir dalam majlis ini.
Majlis diakhiri dengan penyerahan sebuah kek sempena Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022, disampaikan oleh YDH. ASP Tuan Mohd Rudzuan Bin Ahmad kepada YBrs. Tuan Md Hashim bin Daud sebagai simbolik kepada semua warga Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …