BINA KEMAHIRAN ANAK MEMBUAT KEPUTUSAN & PILIHAN

 

Setiap keputusan serta tindakan yang dibuat oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk masa depan anak. Justeru itu, kebiasaanya ibu bapa lebih cenderung membuat keputusan untuk anak-anak samada dari segi apa yang mereka pakai, makan, belajar dan sebagainya. Sempena musim perayaan ini, marilah kita bersama-sama mendidik dan membina kemahiran anak-anak untuk membuat keputusan sendiri seperti memilih warna tema baju dan kuih raya. Anak-anak yang diajar serta dilatih untuk membuat keputusan sendiri akan mempengaruhi cara pemikiran serta tindakan mereka. Mereka akan menjadi lebih berkeyakinan dalam tindakan dan pergaulan seterusnya dapat membentuk identiti yang mampu menilai keputusan yang terbaik.

Selain itu, ia juga membantu anak-anak berfikir sebelum membuat sebarang keputusan seterusnya dapat menjadikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat. #lebihbaikcegah Tingkatkan potensi melalui prestasi bukan risiko.

__________________________________________________

Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK. Kempen antidadah bersama Jabatan Penerangan Malaysia.

Sumber: FB AADK Malaysia https://www.facebook.com/aadkmalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …