TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BERKENAN LANCAR APLIKASI QURAN ISYARAT USIM

   

NILAI, 19 APRIL – Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang diriingi oleh YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mencemar duli dan berkenan untuk merasmikan Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta melancarkan Aplikasi Quran Isyarat USIM di Nilai pagi tadi.

Aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM itu merupakan inovasi berimpak tinggi sejajar dengan dasar Inklusif OKU KPT bagi membantu komuniti OKU Pendengaran mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah dan bersistematik.

Malaysia Book of Records telah mengiktiraf aplikasi ini sebagai “First Sign Language Al-Quran Application”, malah USIM telah turut dijemput oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk mempromosikan aplikasi ini di peringkat antarabangsa pada Ekspo Dubai 2020 lalu.

Perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM yang dibina di atas tanah seluas 62 ekar berhampiran kampus utama pada majlis pagi tadi dijangka dapat memudahkan aspek Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), penawaran program, aktiviti inovasi dan penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Selain itu, kegunaan bangunan tersebut akan dioptimumkan bagi membuka jalan kepada pengoperasian Fakulti Pergigian serta pembinaan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi melengkapkan pembangunan Kompleks Kesihatan USIM yang bakal memenuhi pelbagai kehendak masyarakat setempat.

Turut hadir Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Pro-Canselor USIM serta YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi LPU USIM.

   

Petikan : FB Kementerian Pengajian Tinggi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …