SUMBANGAN MAKANAN BUAT PARA PETUGAS BARISAN HADAPAN (FRONTLINER) IBU PEJABAT POLIS DAERAH PORT DICKSON

 

Pada 04 April 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan dan Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, YDH Supt. Aidi Sham Bin Mohamed (KPD Port Dickson) telah menerima kunjungan hormat dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang di wakili oleh YBhg. Puan Zuridah Binti Mahat (Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Negeri Sembilan / Melaka), Encik Abdul Mukti Bin Jusoh (Pembantu Pegawai Kanan Jabatan Komuniti YaPEIM Negeri Sembilan / Melaka) dan Puan Nooreffazeni Binti Mahadi (Pengurus Cawangan Ar Rahnu YaPEIM, Cawangan Port Dickson). ASP Noor Intan Junaina Binti Bahauddin (KBPD) juga turut hadir dalam aturcara berkenaan.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada YDH KPD Port Dickson mewakili PDRM IPD Port Dickson. Sebagai menghargai sumbangan Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada negara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperuntukkan sejumlah bungkusan makanan untuk diagih-agihkan kepada para petugas barisan hadapan. Pengagihan ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama oleh Unit Kebajikan IPD Port Dickson.

YDH KPD Port Dickson juga menzahirkan ucapan jutaan terima kasih buat YaPEIM atas kesudian menyumbangkan bungkusan makanan buat para petugas di IPD Port Dickson. Diharapkan pemberian sumbangan makanan ini secara tidak langsung berjaya menaikkan semangat semua petugas anggota barisan hadapan agar terus berkhidmat dengan lebih baik demi masyarakat dan negara.

Diharapkan kerjasama dan jalinan perhubungan yang lebih erat diantara Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

‘Polis Sedia Berkhidmat – Demi Masyarakat & Negara’

Sumber : FB IPD Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …