SEORANG PEMANDU PACUAN 4 RODA DITAHAN

 

GUA MUSANG : Seorang pemandu pacuan empat roda berusia dalam lingkungan 50an ditahan oleh anggota Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang sebaik menerima maklumat awam berkaitan kegiatan membeli minyak bersubsidi selain bagi kegunaan sendiri.
Saspek ditahan ketika sedang membuat pengisian minyak diesel kedalam 2 buah tong drum yg ditempatkan di belakang kenderaan berkenaan dengan kuantiti melebihi had dibenarkan dalam Permit Khas, iaitu sebanyak 200 liter.
Pemeriksaan awal mendapati pemandu berkenaan telah membuat pengisian minyak diesel sebanyak lebih kurang 400 liter.
Kes disiasat berkait kesalahan dibawah Akta Kawalan 1961, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih dari RM 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali.
Kenderaan bersama 400 liter minyak diesel didalam dua buah tong drum disita untuk siasatan dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM 15,000.00.
Stesen minyak berkaitan juga disiasat bagi memastikan tiada elemen ‘bersubahat’ dalam kejadian berkenaan.
Pihak KPDNHEP sentiasa komited dalam membanteras unsur penyelewengan dan ketirisan bahan api bersubsidi dan tidak akan berkompromi jika didapati ada kalangan peniaga atau individu melakukan kesalahan berkaitan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …