PROGRAM JELAJAH RAMADHAN PERINGKAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

PERMATANG PAUH, 18 APRIL 2022 – FAMA Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jelajah Ramadhan Tahun 2022 bertujuan menyemarakkan bulan Ramadhan di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan FAMA Negeri bersama masyarakat setempat. Program ini diadakan pada 17 April 2022 di Masjid Timah, Permatang Pauh.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya bersama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Seberang Jaya YBrs En. Bukhori Che Mat. Turut menghadiri program ini ialah YBrs. En. Azraie Bin Ramli, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang serta pesara FAMA.

Antara agenda program ini ialah edaran bubur lambuk kepada kakitangan FAMA dan penduduk tempatan, penyampaian Sijil kepada peserta Kursus Mentor Mantee, Penyampaian Kit Bantuan Makanan daripada Bank Rakyat serta sumbangan Duit Raya oleh Adun Seberang Jaya. Program diteruskan lagi dengan bacaan tahlil ringkas, iftar, solat maghrib dan isya’ serta terawih berjemaah.

Turut diadakan adalah penyerahan cenderahati Plak Jelajah Ramadhan, Naskah Al Quran, Kain Pelikat dan batik kepada Pengurusan Masjid.

 

Sumber:

Laman Facebook FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut