OPERASI PEMANTAUAN AKTIVITI RIADAH SKUTER ELEKTRIK DI KAWASAN GEORGE TOWN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Satu video tular dalam media sosial mendakwa sekumpulan remaja telah menaiki e-skuter secara melulu di Lebuh Pantai, George Town pada jam lebih kurang 2.24 pagi beberapa hari yang lepas. Berikutan daripada itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengadakan operasi di sekitar George Town dengan memberi tumpuan kepada penggunaan e-skuter secara berbahaya di atas jalan raya dari jam 11 malam hingga 2 pagi pada 17 April 2022.

Mengikut tinjauan MBPP, isu penggunaan e-skuter di atas jalan raya semakin berleluasa dan satu mesyuarat untuk menangani isu ini dan tindakan penguatkuasaan telah diadakan antara MBPP, PDRM dan JPJ. Buat masa kini, e-skuter adalah dilarang di atas jalan raya dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kebiasaannya, e-skuter yang bersifat mikro mobiliti hanya digunakan di atas siar kaki awam atau satu kawasan yang diasingkan dari jalan raya.

MBPP tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali dan pemantauan aktiviti e-skuter giat dijalankan demi keselamatan orang awam. Pada masa yang sama, nasihat turut diberikan kepada orang awam supaya tidak menyewa dan menaiki e-skuter di atas jalan raya dan penggunaan e-skuter adalah di atas tanggungjawab sendiri.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut