JAS NEGERI PULAU PINANG MENERUSKAN PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan aduan pencemaran udara oleh kenderaan awam. Lokasi yang diadu merupakan kawasan tanah lapang di bahagian belakang rumah, Taman Riang, Butterworth pada 17 April 2022.

Setibanya di lokasi tersebut, pasukan peronda mendapati 7 buah van sekolah dan 3 buah kereta diletakkan di kawasan tersebut. Pemilik van tersebut dihubungi melalui alamat yang tertera di badan van. Hasil pemeriksaan mendapati semua van tersebut telah menjalani ujian pemeriksaan kenderaan secara berkala di PUSPAKOM. Semakan dokumen keputusan ujian pemeriksaan di PUSPAKOM juga mendapati bacaan ketumpatan asap hitam kenderaan adalah di bawah 50%, mematuhi PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS1974. Pemilik van sekolah tersebut juga memaklumkan sedang dalam perancangan untuk memindahkan semua van tersebut ke kawasan baru kerana tuan tanah ingin mengambil kembali tanah tersebut. Syor aduan dipanjangkan kepada pihak MBSP kerana menempatkan kenderaan tersebut di kawasan perumahan yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Pemantauan juga akan di teruskan daripada masa ke semasa untuk tindakan lanjut.

Rondaan juga dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Penang Science Park, Kawasan Perindustrian Juru, Kawasan Perindustrian Perai, Kawasan Perindustrian Mak Mandin dan kawasan Perindustrian Sg. Lokan.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …