PENGELUARAN KWSP SEBANYAK RM10,000 DIKREDITKAN LEBIH AWAL PADA 18 APRIL – TENGKU ZAFRUL

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan diawalkan kepada 18 April, 2022 daripada 20 April yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pengeluaran tersebut akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai Isnin (18 April).

Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan ahli KWSP di bawah usia 55 membuat pengeluaran dana persaraan mereka sebanyak RM10,000 buat kali terakhir. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lepas dalam satu sidang media khas berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP ‘JOB SCAM’ PERLU DITINGKATKAN

KOTA KINABALU (8 Mei): Kesedaran awal perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat tentang penipuan pekerjaan dari luar negara atau lebih dikenali ‘Job Scam’. Timbalan Menteri Luar Negeri, …
Maklumat Lanjut

DUA BOT DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN DI TAWAU

TAWAU (8 Mei): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan …
Maklumat Lanjut

DUA LELAKI ADA 33 REKOD JENAYAH DISYAKI PECAH KEDAI RUNCIT DIBERKAS

TAWAU (8 Mei): Dua lelaki termasuk seorang yang mempunyai 33 rekod jenayah ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai runcit …
Maklumat Lanjut