SEMINAR PENGURUSAN EMOSI: TANGANI STRES

Seminar Pengurusan Emosi: Tangani Stres telah diadakan dengan meriahnya di Kompleks Darul Hidayah pada 14 April 2022. Seminar ini menyasarkan pihak yang terlibat dengan pengurusan saudara baru termasuk pegawai dan kakitangan JAWI, MAIWP, NGO Islam dan Mualaf di Wilayah Persekutuan.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti diri di samping memperkukuhkan persefahaman sesama peserta supaya pengurusan mualaf dapat ditambah baik. Dengan pengisian yang menarik dan interaktif oleh pasukan penceramah daripada Global Unity Network, seminar ini telah berjalan dengan lancar dan menarik.

Seminar ini turut disertai pengisian khas iaitu sesi Bicara Santai oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Bicara Santai diadakan kerana beliau sangat menitikberatkan hubungan erat sesama saudara baru dari pelbagai lapisan dan latar belakang bagi memastikan kebajikan, akidah dan akhlak terpelihara.

Selesai Bicara Santai, semua hadirin menunggu waktu Maghrib dan berbuka puasa. Iftar Jama’ie ini merupakan aktiviti tahunan JAWI, MAIWP berbuka bersama mualaf dan NGO Islam Wilayah Persekutuan. Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak terutamanya penaja jamuan iftar, CSR, Ayamas, Pizza Hut, Mohd Chan Group, Restoran Ali Maju dan Restoran Sharin Low. JAWI berharap agar pertemuan seperti ini dapat diadakan setiap tahun sebagai tanda prihatin terhadap saudara baru.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …