PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) DISKOPI DAN IFTAR RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)
Pada 17 April 2022 (Ahad) satu program berasaskan komuniti setempat di Surau Nur Falah, Kampung Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal telah berjaya dilaksanakan. Inisiatif penganjuran program yang diambil oleh Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Sungai Tok Tuntong, dan disertai kira-kira 70 komuniti setempat adalah bertujuan untuk menyampaikan informasi terkini berkenaan dengan dasar dan insiatif semasa Kerajaan untuk rakyat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan rakyat. Antara agensi Kerajaan yang turut hadir dalam menjayakan program tersebut adalah Pejabat Penerangan Daerah SPS, Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah SPS dan PDRM.
Taklimat berkenaan Fasa Peralihan ke Endemik serta inisiatif-inisiatif Kerajaan yang disampaikan oleh Pejabat Penerangan Daerah SPS dan taklimat berkenaan dengan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah oleh AADK Daerah SPS telah berjaya menepati Teras 8 Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 iaitu Keselamatan Rakyat (Pengukuhan Kesihatan Minda).
MKN Pulau Pinang berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dan berharap penganjuran program yang berimpak positif ini dapat mengukuhan minda rakyat dan komuniti setempat dalam memperolehi maklumat-maklumat terkini berkenaan Kerajaan dan turut memperkukuhkan aspirasi Kerajaan dalam membina #KeluargaMalaysia.

 

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut