MENUKAR HALUAN SECARA TERGESA-GESA DI PLAZA TOL BOLEH MENDATANGKAN RISIKO KEMALANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Kesedaran Peranan Masyarakat)

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana tidak terkecuali di plaza tol. Kebiasaanya kemalangan yang berlaku adalah disebabkan pemandu tidak pasti arah laluan yang betul ketika melalui plaza tol.

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Laman Facebook Rasmi miliknya, telah berkongsi kepada masyarakat terutama pemandu kenderaan yang menggunakan laluan bertol agar memastikan laluan yang betul dengan :

1. Merancang awal perjalanan anda terlebih dahulu,
2. Semak baki kredit e- wallet Touch & Go atau RFID sebelum memulakan perjalanan
3. Memandu perlahan apabila sampai di plaza tol
4. Bagi isyarat awal sekiranya mahu menukar haluan

Ingat, sikap menukar haluan secara tergesa-gesa apabila sampai di plaza tol boleh merisikokan nyawa anda dan orang lain yang tidak bersalah.

 

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut