OP BERSEPADU BSPT IPD TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

George Town, 18 April 2022 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Timur Laut dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Op Bersepadu di Jalan Bukit Gambir. Operasi ini tertumpu kepada pengujian pelepasan asap hitam daripada kenderaan komersial berenjin diesel.

Hasil daripada operasi tersebut, 10 buah kenderaan telah diuji dan JAS telah mengeluarkan 4 saman dan 2 notis. Pihak BSPT pula telah mengeluarkan 28 helaian saman atas pelbagai kesalahan.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan semua kenderaan komersial yang berada di atas jalan raya sentiasa berada pada tahap pematuhan yang baik dan mengikut had-had pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Dibawah peraturan ini, mana-mana kenderaan diesel yang didapati melepaskan gas melebihi had yang dibenarkan, kompaun tidak melebihi RM2000.00 boleh dikenakan, denda mahkamah tidak melebihi RM100000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber:

Laman Facebook IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …