PENGUATKUASAAN LEBIH MUATAN DAN PELBAGAI KESALAHAN KENDERAAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB) OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SEBERANG JAYA,16 APRIL 2022 – JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan lebih muatan dan pelbagai kesalahan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB). Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan adalah untuk memastikan pemandu dan pengusaha KPB yang beroperasi di negeri ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Penguatkuasaan ini diadakan secara menyeluruh di sekitar daerah di negeri Pulau Pinang juga untuk memastikan keselesaan dan keselamatan untuk pengguna jalan raya yang lain.

Sepanjang Penguatkuasan yang telah dilaksanakan pada minggu ini, disamping kesalahan membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan, pelbagai kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pasang ‘strobe light’, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lnsurans tamat tempoh dan disk puspakom tamat tempoh juga telah diambil tindakan.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap KPB akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat dijalan raya serta dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan KPB di Negeri ini.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …