YAB PERDANA MENTERI RASMI PROJEK COOP COMMUNITY MART (CCM)

PUTRAJAYA, 15 APRIL 2022 – Projek Coop Community Mart (CCM) merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam memangkinkan ekonomi komuniti pada skala yang kecil serta sederhana. Usaha sama antara Kementerian Wilayah Persekutuan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah membangunkan kedai koperasi (coopmart) di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Oktober tahun lalu.

Bagi menggalakkan penubuhan CCM ini, bantuan infrastruktur dan modal pusingan sebanyak RM130,000.00 diperuntukan oleh SKM dan RM50,000 oleh KWP kepada koperasi terpilih sebagai insentif dalam menyokong ekosistem pembangunan perniagaan koperasi yang kondusif dan mampan. Hal ini juga selaras dengan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-2025 yang telah dilancarkan sebelum ini.

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan Coopmart dan perasmian CCM Koperasi Pudina Putrajaya Berhad di Presint 17, Putrajaya. Ia merupakan penyumbang kepada perolehan tahunan sektor koperasi iaitu sebanyak RM41.47 billion dengan kekuatan keluarga koperasi seramai 7.04 juta orang seluruh negara.

Pihak KWP akan terus memberi sepenuh komitmen terhadap pembangunan koperasi dan komuniti setempat, khususnya di 3 Wilayah Persekutuan.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

 

SUMBER:

FB JALALUDDIN ALIAS https://www.facebook.com/jalaluddinaliasofficial

FB KEMENTERIAN WILAYAH https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …