PENGERUSI ASIAN SUPPLY BASE SUMBANG DUIT RAYA DAN BARANG KEPERLUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

WP LABUAN – Seramai 120 orang penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan duit raya dan barang keperluan dapur.
Mereka diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa Pengerusi Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) Bersama Asnaf, Anak Yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal dan Pelajar Tahfiz di salah sebuah hotel di Labuan, pada Jumaat.
Sumbangan disampaikan Pengerusi ASB, Datuk Suhaili Abdul Rahman. Menurut Datuk Suhaili, sumbangan itu merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ASB. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, En. Japar Esteban.
SUMBER: RTM LABUAN 
#KELUARGAMALAYSIA #MKNLABUAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …