PROGRAM LESTARI HIJAU

 

TANAH MERAH : Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah, Kelantan telah mengadakan Program Lestari Hijau bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Domis Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Objektif pelaksanaan bagi memupuk sikap kerjasama di kalangan Komuniti, Penduduk dan Pegawai KPDNHEP, selain itu memberi kesedaran bahawa pentingnya melestarikan hijau, menjaga persekitaran tanah perkuburan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa untuk pengunjung ketika mereka datang menziarahi ahli keluarga mereka.
Dalam pada itu, sempena Sambutan Jubli Emas Hari Penguat Kuasa KPDNHEP Ke-50 Tahun, program ini juga sebagai menyantuni keluarga bekas Pegawai Kanan, KPDNHEP Negeri Kelantan, Allahyarham Arman bin Shafii yang telah pergi menemui penciptanya.
Dalam pada itu dan turut diadakan Bacaan Tahlil arwah bersama Komuniti, Penduduk dan warga kerja KPDNHEP Cawangan Tanah Merah.
Sejumlah sumbangan disempurnakan YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, Cawangan Tanah Merah kepada Ibu Allahyarham atas jasa dan pengorbanan terutamanya di Bahagian Penguatkuasaan semasa hayat beliau.
YBrs. Tuan Ketua Cawangan KPDNHEP Tanah Merah juga menyampaikan sumbangan berupa peralatan-peralatan pembersihan perkuburan kepada Pengerusi Penjaga Tanah Perkuburan Islam Kg Domis, Tanah Merah, tersebut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …