JENDELA TINGKAT KECEKAPAN PENGGUNAAN 4G DI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KEADILAN SOSIAL (Pengurusan Jurang Digital)

Kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan industri telekomunikasi tempatan adalah penting dalam meningkatkan kecekapan kesalinghubungan rangkaian 4G melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela).

Perkara ini turut dipersetujui oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Digi Telecommunications, Joachim Rajaram. Menurut beliau, kerjasama tersebut berupaya meluaskan liputan internet, sekali gus menaik taraf rangkaian 4G di semua kawasan termasuk bandar, pinggir bandar, luar bandar dan kawasan terpencil di negara ini.

Faedah kegunaan rangkaian 4G dapat menggunakan keperluan audio, video, perbankan dalam talian dan pelbagai lagi. Ia boleh disokong oleh rangkaian 4G dengan lebih mantap. Menurut beliau lagi, melalui penggunaan portal Jendela Map, pengguna dapat memilih rangkaian telekomunikasi sedia ada di Malaysia melalui portal itu yang menunjukkan kualiti perkhidmatan setiap rangkaian.

Cabaran syarikat telekomunikasi kini adalah untuk mereka membentuk rangkaian yang dapat memberikan perkhidmatan sempurna untuk rakyat. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan sistem telekomunikasi sukar untuk tercapai kerana sistem telekomunikasi adalah kerja berterusan yang sedang dijalankan susulan permintaan tinggi daripada pengguna.

Pelan Jendela dilancarkan pada Ogos 2020, adalah langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G dan ia adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dilaksanakan dalam dua fasa.

Sumber:

SInar Harian, Bernama

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut