PELAKSANAAN 5G BAKAL MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pengurusan Eko-Sistem Ekonomi Digital Malaysia)

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) memaklumkan bahawa pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) bakal mentransformasi ekonomi berasaskan digital di negara ini.

Selaras dengan pelaksanaan 5G tersebut, institusi seperti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Mercu Ekonomi Digital (MEDi) yang telah dilancarkan perlu dipertingkatkan lagi bagi menyokong ekonomi berasaskan digital.

Dalam pada itu, MenKOMM turut mengingatkan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk terus berusaha merakyatkan digital ekonomi.

Memetik kenyataan MenKOMM pada 22 Feb lepas, pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) perlu dibuat dalam jangka waktu sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan pelabur berpotensi.

Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Sumber:

Astro Awani, Bernama

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …