MAQIS PULAU PINANG RAMPAS GELATIN LEMBU DARI CHINA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk gelatin lembu dari China di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD) Butterworth di sini pada Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Penguat kuasa Maqis mendapati sebanyak 3,000 kilogram (kg) gelatin lembu yang dianggarkan bernilai RM40,322.56 dibawa masuk tanpa permit import Maqis yang sah.

Perbuatan mengimport dagangan tanpa import permit Maqis yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, pihak bertanggungjawab dengan barangan dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesemua dagangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut, maklum Pengarah Maqis Pulau Pinang.

Maqis Pulau Pinang sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian yang diimport mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Langkah tersebut adalah bagi menjamin keselamatan makanan, bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan oleh rakyat.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …