SEMBANG SANTAI YB EXCO PENERANGAN

Wakil peserta bertanya soalan kepada YB

SUNGAI SIPUT 12 Februari 2020  – YB Tuan Hasnul Zulkarnain Munaim, EXCO Penerangan Negeri Perak telah turun padang menyantuni masyarakat tempatan di Hentian Warisan Sungai Akar Simpang Kg.Trosor Sg,Siput. Program anjuran Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak itu turut disertai oleh Jabatan Penerangan, Majlis Keselamatan Negara, MCMC dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Program ini  mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hampir 200 orang hadir ke majlis tersebut. Hasnul Zulkarnain dalam ucapannya telah menjelaskan tentang beberapa bentuk iniasiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Perak dan kerajaan persekutuan bagi memastikan nasib rakyat terus terbela. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan PH akan membanteras habis habisan gejala rasuah bagi  memastikan negara Malaysia bersih dari rasuah.

Penutup kepada program ini seramai 50 orang penerima yang layak telah diberikan bantuan berbentuk makanan. MKN turut mengambil peluang untuk mengedarkan mask muka kepada orang ramai yang hadir di majlis tersebut. Manakala Jabatan Penerangan telah mengedarkan risalah tentang wabak COVID-19 bagi  memastikan orang ramai sentiasa berwaspada dengan penularan wabak ini.

YB dan wakil MKN mengedarkan mask kepada orang ramai

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …