OPERASI KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN DI BAZAR RAMADAN TLK TAMAN TASIK PERMAISURI CHERAS (STADIUM BOLA SEPAK KUALA LUMPUR)

Satu operasi keselamatan dan kualiti makanan di Bazar Ramadan TLK Taman Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur (Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur) telah diadakan pada 14 April 2022 diketuai oleh Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut bersama dalam operasi ini ialah anggota-anggota daripada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) dan Unit Inspektorat & Perundangan Negeri (UIPN), Jabatan Kesihatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) dan Pejabat Kesihatan Cheras sebagai penyelaras operasi yang diterajui oleh Datin Dr. Noriah binti Hajib. Turut bersama ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh Dr. Azaruddin b. Husin.

Tujuan utama operasi ini diadakan untuk memberi peringatan kepada pengendali makanan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan makanan yang dimasak dan dijual.

Setiap lapisan masyarakat disarankan supaya sentiasa membudayakan lima (5) kunci keselamatan makanan atau ringkasnya M.A.S.A.K. bagi memastikan makanan yang disediakan sentiasa bersih dan selamat iaitu :-

  1. Masak dengan sempurna;
  2. Asingkan peralatan;
  3. Simpan dengan betul;
  4. Air dan bahan mentah yang bersih;
  5. Kebersihan diri.

Sumber: FB Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKWPKL & P https://www.facebook.com/BKKM.JKWPKL

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …