PROGRAM NAFAS BAHARU RAMADHAN & SARINGAN KESIHATAN

??????? ????? ?????? ???????? ??? ???????? ????????? ?????? ?????? ???, ??????? ?, ?? ?????????

PUTRAJAYA, 14 APRIL 2022 – Program Nafas Baru Ramadhan dan Saringan Kesihatan telah diadakan bertempat di perkarangan Surau At-Muttaqin, Parcel 5R6, Presint 5, WP Putrajaya.

Program ini merupakan anjuran bersama KOSPEN KRT Parcel 5R6, Presint 5 bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Penduduk Parcel 5R6 dan AJK Surau At Muttaqin yang bertujuan untuk menyampaikan mesej promosi kesihatan khususnya promosi berhenti merokok dan gaya hidup sihat kepada komuniti setempat.

Pada program ini, satu sesi taklimat kesihatan turut diberikan kepada anggota komuniti berkenaan dengan risiko bahaya meroko dan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan di WP Putrajaya.

Oleh itu, sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, marilah sama-sama memulakan azam bagi berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini kerana pada bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan tidak merokok selama hampir 14 jam. Ini secara tidak langsung membantu dalam proses berhenti merokok. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak kepada perubahan ini.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada urusetia, jawatankuasa dan semua ahli komuniti yang memberikan kerjasama yang sangat baik.

 

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …