?????? ????? ??????? ???????? ??? ?????? ????? ????

WP LABUAN – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Ramadan Keluarga APM Labuan Tahun 2022 di Perkarangan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan.
Majlis juga turut disempurnakan dengan kehadiran Yang Setia Kolonel (PA) Effendy Bin Hj. Ali Pengarah Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Izyani Abdul Rahim & Lt. Bersekutu (PA) Noraini Daim, Pegawai Bersekutu APM Wilayah Persekutuan.
Sebelum berbuka puasa, majlis telah dimulakan dengan sesi pencambahan ilmu/tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Sarjan (PA) Ustaz Zamzuri .
Selesai acara Jamuan Makan berbuka puasa, Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama Pegarah APM Wilayah Persekutuan dan penyerahan sumbangan ‘Stair Stretcher’ daripada Pasukan TindakBalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Yayasan Felda.
Semoga majlis sebegini dapat diadakan lagi dimasa akan datang bagi mengeratkan dan mengukuhkan lagi jalinan silaturahim dan ukhwah di antara Pegawai, Kakitangan dan Anggota APM Labuan.
SUMBER: APM LABUAN
#kELUARGAMALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …