ADAKAH HUKUM MENGUMPAT DAN BERKATA KEJI BOLEH MEMBATALKAN PUASA?

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN SIRI KE-190: ADAKAH HUKUM MENGUMPAT DAN BERKATA KEJI BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Soalan

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Apakah hukum mengumpat, bercakap keji dan cela serta melakukan perbuatan maksiat ketika berpuasa. Adakah ia boleh membatalkan puasa atau hanya sekadar mengurangkan pahala puasa. Bolehkah pihak tuan jelaskan tentang perkara ini. Terima kasih

Ringkasan Jawapan

Mengumpat dan berkata keji tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan puasa. Namun ia boleh mengurangkan dan membatalkan pahala puasa, bahkan ia juga boleh mengakibatkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia dan hanya menahan lapar serta dahaga sahaja. Hal ini kerana mengumpat merupakan perkara yang dilarang dan diharamkan syarak sama ada dibulan puasa mahupun pada bulan-bulan yang lain.

Baca selanjutnya di laman web PMWP: https://bit.ly/IFKRamadan190

Sumber: FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut