OPS MERAH OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Ops Merah adalah antara operasi berfokus yang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang selagi tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal masih rendah dalam mematuhi peraturan berhenti ketika lampu isyarat merah. Sikap ambil mudah, tidak sabar dan hendak cepat serta mengabaikan aspek keselamatan yang boleh menjurus kepada kemalangan dan berisiko kemalangan maut, tidak boleh dipandang mudah oleh pengguna jalan raya dan tindakan tegas akan terus dilaksanakan oleh JPJ Negeri Pulau Pinang.

 

Penguatkuasaan yang telah dilaksanakan pada minggu ini secara bersasar telah mengambil tindakan keatas pengguna jalan raya yang masih tidak patuh pada peraturan dibawah Seksyen 79(2) APJ 1987. Kesalahan ini juga antara kesalahan mata demerit dalam Sistem Kejara dan penggantungan lesen memandu boleh dilakukan. Sebanyak 35 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu dan penunggang motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, dengan kawasan tumpuan operasi diseluruh daerah di Negeri Pulau Pinang.

Kepada pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan saman, serta memastikan pemanduan anda selamat. Ingat kecuaian dan kealpaan boleh mengundang padah. Pandu Cermat Sampai Selamat.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut