KEJAYAAN PDRM DALAM MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH JENIS HEROIN, SYABU DAN PIL YABA DI PAHANG

IPK PAHANG, 14 April 2022 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Rompin telah menahan dua lelaki dan dua perempuan berumur lingkungan 24-42 tahun. Pihak PDRM telah merampas dadah jenis heroin seberat 1979.29 gram , syabu seberat 126.71 gram dan pil yaba seberat 1 gram/100 biji yang bernilai RM 40,693 menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Kuantan, selasa lepas.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf berkata pada masa serbuan dilakukan, salah seorang daripada suspek telah menawarkan wang tunai berjumlah RM 80,000.00 kepada anggota serbuan sebagai dorongan untuk melepaskan diri. Pada 13/04/2022, satu serbuan oleh SPRM Kuantan dengan kerjasama JSJN IPK Pahang telah menahan satu lelaki di Shell Jalan Beserah, Kuantan. Suspek datang ke tempat kejadian untuk memberi wang kepada pihak berkuasa sebagai dorongan untuk melepaskan tangkapan. Hasil pemeriksaan, SPRM telah berjaya membuat rampasan wang tunai campur-campur berjumlah RM 45,000. Suspek akan disiasat di bawah ??????? 17 (?) ???? ???? 2009.

“Hasil dari analisa kadar penggunaan dadah, rampasan dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1979.29 gram boleh dibekalkan kepada 3959 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram. Rampasan dadah jenis syabu anggaran berat 126.71 gram boleh dibekalkan kepada 253 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram. Begitu juga dengan rampasan dadah jenis pil yaba anggaran berat 11.00 gram boleh dibekalkan kepada 22 orang penagih dadah dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram ,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Ketua Polis Pahang berkata sindiket ini dipercayai memperolehi bekalan dadah jenis heroin dan syabu daripada Johor dan Lembah Klang untuk diedarkan di kawasan Felda dan sekitar Keratong Rompin, Pahang. Dengan tangkapan ini, Polis Pahang telah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di kawasan Felda dan sekitar Keratong Rompin, Pahang yang didalangi oleh warga tempatan. Kempat-empat suspek telah direman selama tujuh hari dan kes disiasat dibawah ??????? 39? ???? ????? ????????? (???) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan dan satu suspek disiasat di bawah ??????? 17 (?) ???? ???? 2009 oleh SPRM.

Sumber: Laman FB Polis Pahang

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kejuruteraan …
Maklumat Lanjut

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa …
Maklumat Lanjut