ZAKAT…..JANGAN TERLUPA JANGAN TERLAMBAT

Keberkatan Ramadhan dalam menunaikan ibadah berpuasa, bersedekah, solat trawih serta kegairahan bazar ramadan, iftar, balik kampung dan persiapan bagi menyambut Syawal yang akan tiba, satu lagi tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh segenap individu muslim. ZAKAT FITRAH jangan terlupa dan jangan terlambat untuk kita sama-sama tunaikan.

Tiga kadar wajib yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) bagi pembayaran zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun ini. Kadar RM 7, RM 14 dan RM 21 yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan dengan kadar wajib zakat fitrah adalah RM 7.

Pihak MAIWP turut melantik 811 amil (petugas) untuk kutipan zakat fitrah di kuanter bayaran yang akan dibuka di masji, pasaraya dan beberapa lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai. Selain dari itu pembayaran juga boleh dilaksanakan dalam pelbagai platform yang disediakan antaranya ePay MAIWP, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPAY dan juga melalui laman sesawang PPZ di fitrah.zakat.com.my. setiap amil juga akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai.

 

SUMBER: MAIWP

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …