PROGRAM NUR RAMADAN RAIKAN GOLONGAN ASNAF DI LABUAN

WP LABUAN – Seramai 700 orang golongan asnaf di Labuan menerima bantuan wang tunai, barang elektrik dan keperluan harian membabitkan peruntukkan berjumalah RM220,500.
Daripada jumlah itu, sejumlah RM140,000 daripada Tabung Amanah KWP dan Perbadanan diagihkan kepada penerima berkenaan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bantuan itu disampaikan adalah bertujuan untuk meringankan beban kepada golongan berkenaan dalam menyambut kemeriahan dan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang tiba.
Pada majlis itu juga, Menteri berkenaan turut menyampaikan replika cek kepada 62 pengerusi masjid dan surau jumaat dengan jumlah peruntukkan keseluruhan sebanyak lebih RM40,000.
Selain penyampaian bantuan, majlis itu yang berlangsung diperkarangan Masjid Sultan Muhammad V diserikan dengan majlis berbuka puasa seterusnya melakukan solat maghrib berjemaah, solat Isyak dan solat Terawih disamping program tazkirah.
SUMBER: RTM LABUAN
#KELUARGAMALAYSIA 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …