SUMBANGAN SEMARAK KASIH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

WP LABUAN – YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, isteri YBhg. Datin Seri Dato’ Shamsiah Md. Yassin bersama YBhg. Datuk Ruzain bin Idris, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) KWP, Dato’ Seri Haji Amir bin Haji Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBhg. Datuk Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan kepada 300 anak-anak yatim menerusi program Semarak Kasih Bersama Pelajar Tahfiz WP Labuan hari ini.
Sumbangan diagihkan kepada tiga pusat tahfiz di WP Labuan; Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Badr, Madrasah Tahfiz Al-Quran Seri Merinding dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al-Ummi yang terdiri dari sumbangan pembelian peralatan elektrik, peruntukan pengurusan dan pemberian wang tunai kepada pelajar-pelajar tahfiz oleh KWP. Yayasan Wilayah Persekutuan pula telah menyumbangkan barangan kering dan basah manakala Jabatan Agama Islam WP Labuan menyediakan juadah berbuka puasa kepada anak-anak tersebut semalam.
SUMBER: KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
#KELUARGAMALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …