MOU MANFAATKAN PELBAGAI SEKTOR DI LABUAN

WP LABUAN – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Labuan pada hari semalam. Sempena lawatan itu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perbadanan Labuan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS), IFC Capital Berhad, Tan Lan Holdings (M) Sdn. Bhd dan GIA Technology Limited.
Selain itu, MOU antara UW Group Incorporated dengan European Credit Investment Bank Ltd, di salah sebuah hotel terkemuka di Labuan. MOU itu antara lain melaksanakan beberapa inisiatif di Labuan iaitu inisiatif pelancongan pendidikan, pembangunan ekonomi, jaminan bekalan makanan dan inisiatif ‘Blockchain Data Centre’.
Disamping itu, inisiatif pembangunan pelaburan sektor kewangan untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke wilayah ini. Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussin. MOU itu memanfaatkan peranan masing-masing bagi memulihkan semula pembangunan dan ekonomi Labuan.
SUMBER: RTM LABUAN
#KELUARGAMALAYSIA #MKNLABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …