PENGHIJAUAN PEMBAHAGI JALAN TANJONG BUNGA DAN JALAN BATU FERRINGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang, YB Zairil Khir Johari, memaklumkan sebagai langkah untuk mengharmonikan infrastruktur awam dengan alam sekeliling, Pusat Khidmat KADUN Tanjong Bunga telah melaksanakan projek penaiktarafan pembahagi jalan di jalan utama iaitu Jalan Tanjong Bungah dan Jalan Batu Ferringgi sejak tahun 2019 lagi.

Melalui projek ini, pembahagi jalan sedia ada jenis New Jersey Barrier telah dinaiktaraf kepada pembahagi bebendul jalan (median kerb). Penaiktarafan tersebut membolehkan pokok-pokok renek seperti Ficus nitida, Loropetalum chinense dan Tabernaemontana divaricata ditanam di antara pembahagi jalan tersebut.

Bagi lokasi yang mempunyai pembahagi bebendul jalan sedia ada seperti di Jalan Batu Ferringgi (hadapan Holiday Inn), tumbuhan-tumbuhan renek ditanam bagi mengindahkan lagi kawasan tersebut.

 

Bukan sahaja nilai estetik jalan-jalan tersebut dapat dipertingkatkan melalui penaiktarafan tersebut, malah pencemaran bunyi juga dapat diredakan sedikit sebanyak.

Tambahan lagi,  tumbuh-tumbuhan hijau dan berbunga tersebut dapat bertindak sebagai suatu langkah menenangkan lalu lintas (traffic calming measure), justeru menjadikan jalan-jalan tersebut lebih selamat bagi semua pengguna.

Penaiktarafan pembahagi jalan sepanjang 740 meter di Jalan Tanjong Bungah dan Jalan Batu Ferringgi telah dilaksanakan dalam empat (4) fasa seperti berikut:

  1. Fasa Pertama (2019) – Persimpangan Jalan Lembah Permai hingga Persimpangan Jalan Chee Seng
  2. Fasa Kedua (2020) – Jalan Tanjung Bungah (hadapan Pusat Depot Bas Rapid Penang) hingga Persimpangan Jalan Lembah Permai
  3. Fasa Ketiga (2021) – Jalan Tanjong Bungah (hadapan Kompleks Mutiara Selera)
  4. Fasa Keempat (2021) – Jalan Batu Ferringgi (hadapan Holiday Inn) untuk meningkatkan daya huni, menambah baik kualiti kehidupan serta meningkatkan daya tahan persekitaran fizikal.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …