CAINIAO BERPANGKALAN DI CHINA SASAR PULAU PINANG SEBAGAI TAPAK PENGEDARAN

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Cainiao Smart Logistics Network Ltd yang berpangkalan di China merancang untuk mewujudkan tapak pengedaran di Batu Maung, Pulau Pinang bagi memanfaatkan lokasi strategik dan kepesatan e-dagang global. Syarikat logistik yang merupakan gabungan di bawah Alibaba Group Holding Ltd itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk melaksanakan kajian daya maju dan kebolehlaksanaan bagi pembangunan tapak pengedaran yang dirancang tersebut termasuk komponen yang dicadangkan. Susulan pemeteraian MoU tersebut, Cainiao menguntukkan sebidang tanah dengan keluasan 12.14 hektar milik PDC, berhampiran Kompleks Kargo Udara Batu Maung dan kira-kira 3.1 kilometer dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, untuk dikaji bagi pembangunan tapak pengedaran itu. Tapak pengedaran di Pulau Pinang itu telah dirancang untuk merangkumi hab e-dagang dan logistik serantau, menyediakan perkhidmatan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana selain memenuhi permintaan pengendali kargo udara terhadap gudang dan pengedaran.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …