TAKLIMAT PROGRAM 3R PERINGKAT MKN TERENGGANU.

KUALA TERENGGANU, 14 APRIL 2022 – Satu taklimat mengenai pembudayaan Program 3R telah dilaksanakan di peringkat MKN Negeri Terengganu yang disampaikan oleh wakil dari SW Corp Negeri Pahang, Pn. Hajidah Bt. Md Noh. Pendedahan mengenai 3R ini adalah merupakan langkah pertama jabatan sebelum melaksanakan program 3R di dalam jabatan secara menyeluruh dan menjadi budaya warga MKN Terengganu pada masa akan datang dalam usaha untuk menjaga alam sekitar.
*
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
*
Nilai ini perlu diterapkan dalam jabatan terutamanya dalam penggunaan bahan-bahan dipejabat yang boleh dikitar semula.Ianya juga selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Nilai Teras Pembangunan Mampan yang menekankan tentang pemuliharaan alam sekitar.
“Sayangi alam sekitar, bersama kita menjaganya demi untuk generasi yang akan datang”
“Kami menjaga alam semula jadi – kita menjaga tanah air kita.”
 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …