PENYELUDUP MERCUN DICEKUP PGA

 

RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki untuk menikmati upah lumayan sebanyak RM800 dengan menghantar mercun dan seluar jeans gagal selepas ditahan semasa melalui sekat pintas Serongga di sini pada Rabu.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas MPV itu telah menjumpai mercun sebanyak 264 kotak dan 425 helai seluar jeans.

Hasil siasatan awal mendapati suspek menerima upah sebanyak RM800 bagi satu trip penghantaran.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM69,500.

Kesemua rampasan termasuk suspek telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut. Kes disisat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama …
Maklumat Lanjut

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut