DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Meneyluruh dan Bekekalan)
sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tahun ini, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menyediakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan dan memperkenalkan perkhidmatan tren khas yang dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia mulai 29 April ini.
Tambahan perkhidmatan ETS dan tren khas yang melibatkan sejumlah 4,368 tiket tambahan dan 516 tiket adalah berikutan permintaan tinggi daripada penumpang.
Tambahan ETS akan melibatkan perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya pada 29 April hingga 2 Mei dan 6 hingga 8 Mei 2022. Tambahan bagi tren khas pula melibatkan laluan Pantai Timur – perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Tumpat, Kelantan.
KTMB turut memaklumkan bahawa julana tiket ETS tambhaan dan tren khas tersebut akan mula dijual pada 15 April 2022 dan pengguna disaran membuat pembelian melalui aplikasi Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.
Sumber: