Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penganjuran CYDES 2020

PUTRAJAYA (31 JAN) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu CYDES 2020 pada 31 Januari 2020 (Jumaat) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri oleh wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat persediaan penganjuran Cyber Defence & Security Exhibition And Conference 2020 (CYDES 2020) yang akan diadakan pada 23 – 25 Jun 2020 di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC), Langkawi, Kedah.

 

 

 

CYDES 2020 merupakan pameran kepakaran, solusi dan teknologi keselamatan serta pertahanan siber terkini untuk memerangi ancaman siber bagi memenuhi keperluan Kerajaan, tentera, agensi penguatkuasa dan agensi kritikal negara untuk melindungi rangkaian infrastruktur kritikal negara. Melalui persidangan, seminar, forum dan demonstrasi teknologi yang dijalankan akan meningkat pengetahuan para pelawat mengenai industri dan teknologi keselamatan dan pertahanan siber negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …