DBKL TUTUP TIGA PREMIS HIBURAN LANGGAR SYARAT LESEN

AKIBAT menjalankan aktiviti yang melanggar syarat lesen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga buah premis hiburan yang beroperasi di sekitar Jalan P Ramlee dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dikenakan tindakan termasuk menutup premis dalam satu tindakan khas pada Rabu lepas (13 April 2022).

Unit Media, Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, tiga buah premis tersebut telah dikenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“DBKL juga telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta yang sama kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain penutupan premis, DBKL turut menyita 14 pelbagai peralatan muzik melibatkan komputer riba, mixer, pembesar suara, spinner deck, gitar dan mikrofon.

“Kesemua barang sitaan telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,” katanya.

Katanya, operasi khas itu melibatkan kira-kira 27 anggota penguat kuasa DBKL yang bermula dari pukul 10 malam dan berakhir pada awal pagi.

Tambahnya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. – WILAYAHKU

Sumber: WilayahKu https://www.wilayahku.com.my/dbkl-tutup-tiga-premis-hiburan-langgar-syarat-lesen/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#.YlezMshBxD8

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut