TINDAKAN PENGUATKUASAAN KHAS SEKITAR PASAR BORONG KUALA LUMPUR DAN PUSAT BANDAR UTARA

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  telah melaksanakan pemantauan serta mengambil tindakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen (warga asing) dan halangan di tempat awam di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

Sebanyak empat belas (14) tindakan sita dan pindah barangan telah diambil di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga negara asing dan satu (1) Notis Kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 terhadap premis yang membuat halangan tred perniagaan di tempat awam (laluan kaki lima).

Kesemua barang sitaan telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …